Wednesday, April 28, 2010

pernah tak korang tahu, macam mana rasanya putus cinta.

pernah tak korang tahu,
macam mana rasanya putus cinta.

tak mampu untuk bernafas,
tak tahu macam mana nak bergerak.
lagi teruk, tak tahu macam mana nak hidup.

setiap saat merindukan waktu yang dah dilewati,
mengingat kembali memori paling gembira memang sangat pedih masa itu,
mengharapkan masa dapat diputar.

andai itu kesalahan kita, sanggup melakukan apa saja untuk menebusnya kembali.
setiap saat penuh kekesalan.

dan air mata?
lebih deras dari air.
berapa banyak kita ingat pada dia,
lebih banyak dari kita bernafas.

Monday, April 26, 2010

Jika itu kau?

pernah tak kamu rasakan rasa rindu hingga bergetar di hujung jari?
dan di saat kau tak sedari, air mata mengalir lagi.
walaupun orang yang kau rindui bukannya mati.

dia cuma tak ada bersama kau.

dia hidup di alam lain.
dan hidup di dalam hati kau,cuma. apa rasanya?
apa rasanya begitu, jika itu kau.

Sunday, April 25, 2010

bila bulan tak lagi menyapa aku, wahai cikgu

bersawang lagi blog ni.

tadi pagi aku tak melihat matahari terbit.
tadi malam aku tak melihat sang bulan.
kenapa tidak? kerana ianya tidak. mungkin tak tertakdir untuk aku.

malam ini aku mahu melihat bulan. yang umpamanya aku bahagia melihat wajah si dia.

hentikan ayat jiwa-jiwa. aku tak dilahirkan untuk itu sebenarnya.

aku keliru mencari identiti diri, tersembunyi. sudut-sudut kamar ditari dengan gantungan sawang si lelabah.
apa kau buat lelabah? bilik aku bukan syurga untuk mu. carilah bilik lain. nanti siang aku mahu bersihkannya. aku mohon maaf lelabah.
mungkin aku gila, mungkin kamu fikir aku gila kerana lelabah tidak membaca blog.
mana dia tahu aku tulis pasal dia dalam blog bukan? ya, mana tahu.

aku teringat masa dahulu. cikgu merotan aku atas kesalahan yang bukan aku lakukan. rotan aku di hadapan semua pelajar sekolah. di perhimpunan sekolah, perhimpunan rasmi.
semua cikgu ada.
semua pelajar ada.
staff-staff melihat dari tepi tapak perhimpunan.

cikgu, saat cikgu merotan itu, aku tak lagi seperti dulu.
cikgu tak siasat perkara sebenar. cikgu tahu, seisi keluarga memandang serong.
seisi sekolah memandang jelik.
rakan-rakan menjauh.
guru-guru membenci.
semua menjauh, kecuali si kucing sayang yang menemani.
si kucing masih memahami, mujur,
setiap hari, cikgu, aku hiba.

hingga bulan tak lagi menyapa aku, dan huruf-huruf di atas papan kekunci yang menemani aku. cuma mereka dan kucingku.cuma mereka, cikgu.

aku tak salahkan cikgu, tapi cikgu, fikirlah sebelum menghukum.
seperti novel Bagaikan Puteri dari Ramli Awang Murshid, lebih baik tersilap ampun dari tersilap hukum.
cikgu faham  kan?
saya harap cikgu baca...
dan tahniah cikgu, cikgu dah musnahkan segala-galanya 6 tahun dahulu.

Saturday, April 17, 2010

Monolog Dari Peti Ajaib

dunia hari ini. haha. aku ketawa.
apa lagi yang nak ditabur-taburkan wahai kau. lelaki. perempuan. sama. faham tak, sama. lelaki kalau berkata-kata manis, iceberg pun cair agaknya. perempuan kalau menggoda, dahsyat. dahsyat. malapetaka betul.

oh jam di dinding menjerit-jerit lagi.sayang, aku dah lapar. kaki aku lenguh. aku rasa aku lari 1500m petang tadi.dalam mimpi aku. dalam mimpi, cuma. kau kenapa menganga? mimpi itu mainan tidur.

terkamjat isi dunia melihat peti bercakap itu berkata bayi-bayi dibuang lagi. bayi sahaja? bapa dan mak bayi tak boleh buang sekali kah? aku rasa tong sampah majlis bandaraya mungkin muat. kasihan bayi, bayi tak tahu apa-apa la orang tua bodoh, kau buang kenapa. kau ingat itu tong recycle buang bayi yang boleh recycle balik bayi kau tu jadi ovum dan sperma? tak, tak. kau silap dua manusia durjana. mak bapa hantar belajar biologi bukan suruh buat eksperimen biologi sendiri-sendiri tambah pula bab reproduction. kau bawa mikroskop kah waktu kau buat eksperimen tu? aku rasa kau tak mampu. kan? kau cuma mampu dan perlu melampiaskan nafsu.

yang tak tertahan nafsu dibuat juga. aku rasa kau patut hantar ke palestin. bukan sebagai tentera pejuang, tapi sebagai umpan. yang perempuan kan sibuk menggoda, apa kata kau goda tentera-tentera israel tu untuk bersama kau macam kau goda lelaki-lelaki melayu ni. mana lah tahu cinta punya pasal sanggup tak menjajah.kan bagus tu. haha. bodoh nya lawak aku ni.

lelaki. kau patut bertaubat cepat-cepat. nanti kau kahwin isteri kau dah tak suci jangan kau nak menyesal pula.

aku bosan dunia sebenar yang teruk.

Friday, April 16, 2010

hari-hari yang lepas

30 hari yang lepas

oh kau lagi. menyampah betul la. tiap kali aku nak naik star je mesti kau ada.apa yang kau nak, tersengih-sengih pulak macam kerang busuk.dah dua bulan aku asyik nampak muka kau.siapa la kau ni.

28 hari lepas.
ok, kau muncul lagi. seperti biasa aku tak membalas senyumanmu.aku rasa rimas. aku tak suka lelaki yang aku tak kenal. kau pervert.! pen aku jatuh, cepat-cepat pula kau kutip. tapi tak bercakap apa-apa. apa kau ingat aku akan tegur dulu? terima kasih, dan aku cepat2 menaiki star.

26 hari lepas.
si pervert muncul lagi. sebenarnya setiap hari kau muncul. macam dah rutin pulak aku ternampak muka kau. kalau kau nak berkenalan, kenapa tak cakap elok-elok. kau buat aku tak selesa. tapi kau suka sangat senyum. 

24 hari lepas.
kau tak ada di kerusi yang kau selalu duduk. aku tertanya-tanya pula, pelik kan aku.selalunya bukan main lagi kau menjeling-jeling aku. 2 minit kemudian kau muncul dalam keadaan tergesa-gesa, dan seperti biasa melemparkan senyuman ke arah aku. dan aku juga seperti biasa, tak ada apa untukmu wahai pervert.

22 hari lepas.
hari hujan lebat. abah hantar aku naik kereta nya. aku tak naik star hari itu. 

20 hari lepas.
aku akan pindah rumah. aku tak akan lalu kat stesen tu lagi di mana kau berada, pervert. jahat pula aku rasa panggil dia pervert. panggil dia lelaki.

18 hari lepas.
dah pindah. aku naik monorel sekarang, tak naik star dah. tapi kenyataan nya aku rasa pelik, aku tak nampak kau lagi lelaki. agaknya dah terbiasa nampak kau.

16 hari lepas.
hari ini aku tak keluar. diam je kat rumah.

14 hari lepas
aku mahu keluar. rasa serba tak kena. apa yang terjadi dengan aku.

12 hari lepas.
abah belikan motor. aku akan naik motor pula lepas ni. seronok betul.

10 hari lepas.
dengan motor, aku pergi ke stesen yang kau selalu ada itu. di tempat yang kau biasa duduk, kau tak ada. bukankah ini waktu yang kau biasa ada.

8 hari lepas
hujan renyai. aku tak tahu kenapa aku kembali lagi ke tempat itu. kau masih tak ada.

6 hari lepas.
aku demam teruk. aku tak keluar.

4 hari lepas.
aku dah ok. aku nak cari kau. kau ada kan? aku sampai di stesen. jejak kau tak ada pun. aku menunggu. agak lama. tapi kau tak muncul.

2 hari lepas.
aku di stesen lagi. siapa yang pervert sekarang ni. kau ke aku. aku duduk. tak lama lepas tu kau muncul. aku rasa sangat gembira, aku tak faham. aku nampak kau senyum. aku harapkan kau tegur aku. tapi kau diam. cuma senyum. aku rasa kecewa.

pagi ini.
apa yang dah kau buat pada aku.kenapa aku kat sini lagi. aku nampak kau dengan senyuman itu lagi. tak boleh jadi. aku akan tegur kau. bila aku tegur, kau cuma senyum. aku tak faham. aku tak boleh terima. kau hulurkan sehelai kertas kecil bertulis.

"Saya nak kenal dengan awak. maaf, saya tak boleh bercakap"...kertas itu nampak sudah lama dalam simpanannya.

kau tak mampu bersuara. patutlah selama ini kau tak bercakap langsung. 
maafkan aku, aku kena berfikir. beri aku masa.

Monday, April 12, 2010

Salah Siapa Lelaki Jadi Perosak?

"Dulu aku ada gf. Aku sayang sangat dengan dia. Setiap hari aku top up kan untuk dia. Aku belanja dia makan. Aku jaga dia baik-baik. Sikit pun aku tak pernah sentuh dia, sebab aku tak nak rosakkan orang yang aku sayang sangat. Tapi, balasan dia pada aku? Dia tinggalkan aku untuk bersama dengan orang lain. Dan lepas tu, aku benci dengan perempuan. Aku rosakkan semua perempuan yang jatuh hati dengan aku, dan aku tinggalkan dorang.Hakikatnya, hati aku sangat sakit.Perempuan semua sama je, teruk.Alang-alang dah rosak, biar aku rosakkan lagi".

Astaghfirullah..

Dalam hal ini,
Kita jangan terlalu menyalahkan lelaki. Punca lelaki jadi perosak kadang-kadang mungkin sebab perempuan. Jadi kepada perempuan, setia lah dengan satu bf, sayangilah dia. Akhirilah perhubungan dengan ikatan perkahwinan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Itulah yang sepatutnya.

Bagi lelaki yang terkecewa, janganlah kerana seorang perempuan, kamu merosakkan perempuan yang lain. Bukan semua perempuan jahat, masih ada yang baik. Sabarlah dalam pencarian. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Percayalah satu hari nanti kamu akan ditemukan dengan insan yang betul-betul luhur cintanya jika itu yang kamu mahukan.

Kepada perempuan, jangan menggadaikan diri demi cinta. Dan setia lah dengan yg satu itu. Susah nak cari lelaki yang betul-betul setia sekarang ni. Kalau dah jumpa tu, jangan lah sia-siakan. Nanti jadi macam kes kat atas ni. Ada pulak perempuan yang kecewa, menggadaikan maruah pula selepas itu. Dan merosakkan pula pemikiran lelaki-lelaki yang baik. Jangan sesekali. Diri itu masih berharga. Masih ada insan yang menyayangi kamu. Nilai itu tak kan pernah luntur kecuali jika kamu yang mahukannya begitu.

-Aku sayang kekasih aku -

Jika Kamu, ?

Jika kamu mengail ikan,

ikan yang kamu dapat itu jangan dilepaskan kembali ke air.
pedih baginya mengharungi hidupnya selepas itu.
selepas kamu mengail nya,
kamu melepaskannya pula.
kamu tak dapat bayangkan apakah rasa yang ditanggung oleh ikan itu,
apabila alkali air mencucuk-cucuk pedih ke badannya.

Sama lah seperti,
Bila kamu mencintai seseorang,
Kamu berikan harapan padanya,
Kamu ambil kepercayaannya,
Kamu membahagiakan hidupnya,
tapi
kamu meninggalkannya pula di kemudian hari.
Selepas semua yang kamu beri padanya,
Pasti dia amat menyayangi kamu.
Bila kamu meninggalkannya,
Pasti hari-hari selepas itu pedih baginya.
Dunia tak akan lagi berwarna.

Jadi, jaga dan hargailah insan yang menyayangi kamu.
Jangan tinggalkan orang yg menyayangi kamu untuk seseorang yang kamu suka, kerana satu hari nanti, orang yg kamu suka akan meninggalkan kamu untuk orang yg dia sayang. Di waktu itu, baru kamu tahu apa perasaannya ditinggalkan.

Sunday, April 11, 2010

Kisah Lelaki & Gadis nya

mata aku tak boleh nak lelap semalam. dia call aku, "Jgn rosakkan diri awak. awak sangat berharga".
itu yang dia kata pada aku. em. aku fikir lama, diri aku hanya pinjaman dari Allah. aku tak nak rosakkan sesuatu yang aku pinjam, malu nanti bila masa aku nak pulangkan balik kat akhirat sana. betul kan? kita semua hanya pinjaman.

tiba-tiba kat fikiran aku bermain satu cerita tapi tak ada kaitan ngan ayat-ayat atas ni. korang hayati lah. sedih, mungkin.

Kisah Lelaki Dan Gadis.

Sebuah motosikal berkuasa tinggi membawa seorang lelaki dan gadisnya sedang memecut laju di jalan raya.mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Lelaki ingin menghantar si Gadis. Hari sudah gelap, pasti si ibu Gadis marah menghantar anaknya lewat pulang ke rumah.

Gadis  : Awak, jangan laju sangat. saya takut. perlahan la sikit.
Lelaki  : Jangan la takut, kan saya ada ni.
Gadis  : Tapi laju sangat ni awak. awak, kita bukan nak sampai cepat sangat. Ok je kalau lambat sikit.
Lelaki  : Yelah sayang. tapi tak apa, bukan apa sangat laju macam ni.
Pertama kali Lelaki memanggil 'sayang' pada si Gadis. si Gadis cuma diam. 
Masih di atas motosikal berkelajuan tinggi.
Lelaki  : Sayang, awak cintakan saya?
Gadis  : Ya.
Lelaki : Sebutlah..
Gadis : Saya cintakan awak.
Lelaki : Saya cintakan awak juga (sambil tersenyum. terharu)
Gadis  : .........
Lelaki : Sayang, topi keledar ni mengganggu la. boleh tak awak bukak dan awak pakai je lah
( si Lelaki tidak membawa satu lagi topi keledar buat si Gadis, kerana mereka tidak jangka berjumpa hari itu)
Gadis : Baik..
Lelaki : Sayang...,
Gadis : Ya...
Lelaki : Boleh tak awak peluk saya kuat-kuat? Saya rasa sejuk.
Gadis : Boleh..(memeluk si lelaki..)..awak sejuk lagi tak?
Lelaki : Dah kurang.. jangan lepaskan ya sayang.

Berita esok nya.
Sebuah motosikal terbabas. seorang penunggang dan pembonceng terlibat dalam kejadian merempuh sebuah trailer. penunggang meninggal di tempat kejadian, manakala pembonceng tercedera ringan dan sedang dirawat di hospital. punca kemalangan telah disahkan dan adalah berpunca daripada brek motosikal yang tidak berfungsi yg ditunggangi oleh mangsa......



Si Lelaki menekan brek ketika motor dirasakan hilang kawalan dengan sendiri. brek tidak berfungsi. dia tidak ingin mengatakannya pada si Gadis kerana tidak mahu membimbangkan si Gadis. perkara terakhir yang dia ingini ialah menyelamatkan si Gadis. kerana itulah dia memberikan topi keledar tersebut, sanggup mempertaruhkan nyawa nya.
kata-kata dan pelukan si Gadis yang menguatkan dirinya, walaupun dia terpaksa pergi dari sisi si Gadis buat selamanya.

Pengajaran : Jangan bawa motor laju-laju, ingatlah orang tersayang.

P/s : cara aku tulis berkesan ke?

dedikasi untuk bf aku yang suka sangat bawa laju-laju.

Saturday, April 10, 2010

Menanti Sebab Mencintai

sejak dari semalam lagi aku dengar kau berbual di telefon. aku minta maaf aku curi-curi dengar.ini sebab aku dengar kau seperti menangis tapi ditahan-tahan.

"sayang, saya minta maaf. saya tak dapat nak bagi tahu perasaan saya yang sebenar. saya..." aku tahu kata-kata kau dipotong. kenapa dengan kekasih kau. adakah dia tidak mengerti.

tapi dia akan tunggu kan saat-saat itu. saat kau mengakui cinta mu.
jika sebab yang dia minta, katakanlah bahawa cinta tak mempunyai sebab spesifik.

suruh dia baca cerita ni. Cinta Si Gadis

dan fikirkan lah. kau sahabat aku. aku tak mahu kau berasa sakit.

Nota Untuk Mu

Nota Untuk Mu.

sudah 4 tahun kisah itu.

tapi bagaikan baru semalam. ya memori indah menerpa, ketika di bangku sekolah aku menyemai rasa cinta pada insan bernama lelaki. aku tak tahu apa erti cinta sebenarnya. apa yang seronoknya? aku tak faham apa itu rindu. kau pula sungguh-sungguh nyatakan cinta, aku cuma iyakan saja dengan rasa palsu.lama juga aku bersama kau. pernah juga aku rasa kalau aku tak bercinta pun tak apa. lebih baik aku solo je. tapi kawan-kawan ramai pula yang ada pasangan. mcm tak seronok pula aku tak ada satu. aku tak faham apa yang aku mahu. aku masih tak mengerti apa itu rasanya mencintai. pelik aku lihat orang menangis, meraung-raung bila putus cinta. yang lebih kejam, aku boleh tersenyum. aku kejam kan. aku pernah cakap kat kau pasal ni dan kau cuma bertanya "kalau aku hilang, kau akan ketawa juga?"..

sangat teruk sebab aku menjawab "ya. lagipun aku tak rasa perlu semua itu,"

aku selalu berfikir yang aku tak rasa rindu, aku tak rasa cinta dan aku tak rasa nak hidup bersama kau.
selalu sangat aku fikir macam tu. sampai aku fikir aku tak kisah kalau kehilangan kau.

sampai satu hari, aku betul-betul mengerti kenapa kau hadir. sebaik aku lepaskan kau pergi.
sejak hari itu, aku tak nampak kau lagi. dan selepas 4 tahun, dengar cerita kau bahagia.

aku ingat aku tak akan apa-apa. tapi hakikatnya, aku lah yang bodoh kerana mensia-siakan kau. senyuman dan cinta kau tak lagi hadir untuk aku.baru aku mengerti apa rindu dan rasa nya cinta. aku tak pernah ada orang lain yang menghargai aku lebih dari kau. pertama dan terakhir untuk kau yang pernah menghargai aku, maaf. aku cintakan kau, walau terlambat.

Friday, April 9, 2010

Cinta Si Gadis

seorang lelaki bertanyakan pada gadis dicintainya "kenapa awak mencintai saya?"
gadis diam. sepi. lalu berkata "saya tak ada sebab.tapi saya boleh buktikan."
"saya tak mahu awak buktikan. saya tertanya-tanya kenapa awak tak pernah bagi tahu saya perasaan sebenar awak pada saya. saya takut awak tak mencintai saya. selalunya, kata kawan-kawan saya, perempuan akan menyatakan perasaan sebenar. tapi..em.." si lelaki berterus terang.dan menyambung lagi "awak tahu, saya sangat cintakan awak. sebab, awk la cinta pertama saya, yang selalu menggembirakan saya.bila saya dengar suara awak, saya gembira. awak selalu ada di saat saya keseorangan. awak cantik dan sopan. awak menghargai saya dalam hidup awak. awak juga yang prihatin dengan saya. saya jatuh cinta dengan awak. dan saya sayangkan awak kerana itu." si lelaki  menyatakan isi hatinya.

si gadis diam. tunduk. dan menyatakan "saya cintakan awak."
si lelaki masih tidak berpuas hati. tetapi tidak berkata apa-apa.

lima hari kemudian, si lelaki diberitahu si gadis berada di hospital. kritikal menghidap kanser, si lelaki tidak pernah tahu.
si lelaki sangat sedih. dia sentiasa berada di sisi katil si gadis yang sudah tidak sedarkan diri lagi. tubuh itu terkujur lesu. sepucuk surat berada di dalam genggaman si lelaki. baru sebentar tadi surat itu diberikan oleh  adik kepada gadis yang dicintainya.

" awak. saya minta maaf. saya tinggalkan awak dalam keadaan begini. saya tahu, sekarang saya tak lagi boleh menggembirakan awak. saya tak dapat bercakap dengan awak lagi.bila awak sorang2, saya tak boleh lagi hadir di sisi awak. dan saya tak dapat lagi nak jadi bidadari hidup awak dalam keadaan macam ni. saya pun tak boleh bagi tahu lagi macam mana berharganya awak dalam hidup saya lepas ni. prihatin saya terhadap awak, mungkin tak kan ada lagi. awak sayang, masihkan awak mencintai saya selepas ini? saya tak mampu lagi nak bagi apa yang awak nak. dan kerana ini, saya tak ada jawapan kenapa saya mencintai awak. saya cuma boleh katakan, saya mencintai awak.."

dan si lelaki melayan perasaan sendiri. memikirkan kata-kata si gadis dalam kelat malam itu.

Wednesday, April 7, 2010

Rintik Hujan Dalam Hati

aku nampak kau. tapi kau tak nampak aku.
aku senyum, tapi kau masih begitu, tiada reaksi. sepi, dalam hati.
tiap kali kau memandang mata nya. hati aku ..hancur.
cuba kau dengar. tak, tak, kau tak mampu. kau hanya mendengar dia.

tiap kali aku lewati jalan ini , aku akan sentiasa ingat di sinilah pertama kali aku berjumpa kau. kau yang bantu aku mengutip serpihan ukiran batu yang berkecai itu. ukiran batu pemberian seseorang yg sudah tiada. sebaik aku terpandang kau, hati aku berbunga. senyuman kau. lirik mata. dan kau berlalu.

sejak itu, aku jatuh cinta untuk kali kedua. aku tak jangka kan itu.

dan kini, aku berusaha melupakan kau. dan aku pastikan aku pergi dan x melewati jalan itu lagi.

Tuesday, April 6, 2010

ballet buat aku

sejak hari ini, selepas kawan aku bagi video wondergirl-nobody but you, aku suke tengok..warf!
eyp, aku bukan les.(jangan!!!)

masey normal. suke lelaki. hehe.terutama yg. ehem2.(x perlu.)
aku suke menari macam xde orang tengok.
maksudnye, tarian aku sangat hodoh laa!!...
tengok wondergirl menari, aku rasa diorang ni macam sailormoon yang aku sangat-sangat minat masa aku darjah dua dulu. hari ahad, tv2 tak salah aku. pagi-pagi lagi aku da bangun nak tengok sailormoon.(sekarang ni pukul 12 pun tengah mimpi-mimpi lagi). mak aku pun faham, time tu tak boleh rebut TV ngan aku atau aku terbang ke pokok pas tu(anak orang ke ni?)

aku kat hostel. sorang-sorang dalam bilik. ape lagi, kunci la.
karang rumet aku balik, segan plak dia tiba-tiba buka pintu tengok aku menari cam ayam serama kena backpain.
assignment menjerit-jerit suruh buat, aku buat tak faham je, mungkin dia cakap bahasa india, sedangkan aku orang melayu. aku lebih tertarik nak bertukar jadi sailormoon walaupun kumpulan yg nyanyi tu nama nya wondergirl. bukan wonderpet. apetah lagi wonderwoman.

on the laptop. ready. 
i want nobody, nobody but you..i want nobody, nobody but u.(mulut miming nyanyi sekali)
aku rasa sangat seronok.fuh, aku rasa betul2 dah bertukar jadi sailormoon.
tapi hakikatnya aku macam biawak mengerekot kena bakar idup2. atau cacing kerawit kena gastrik(cikgu sejarah aku cakap perumpamaan ni lebih sesuai untuk menggambarkan tulisan aku yang sangat hodoh tu..)
aku tahu cikgu memuji. aku bangga sebab xde orang yang tulisan cm cacing kerawit kena gastrik kecuali aku yang asyik terkena.(dah, aku nak smbung citer)

kesian kan aku. dulu penat aku merajuk, aku suruh mak aku anta pegi kelas ballet, mak aku kata xde makna.
tengok sekarang, aku macam ayam kentaki patah pinggang je menari sorang2.(ayam kentaki nmpak ke pinggang dia kat mane?)
kalo ada orang nampak, ini akan menjadi sejarah hitam buat aku yg sedia hitam ini.
dan selepas menari-menari macam orang buat tribal dance, aku berhenti.
termenung. patut la mak aku x bagi aku pegi ballet.
baru aku faham kenapa.

mungkin aku akan dilabel si pendek gemuk menari ballet.
terima kasih mak.



mungkin aku akan dilihat macam ni. hehe.
ah tak nak aku..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...