Friday, March 26, 2010

Sy Tak Tahu Sejauh Mana Sy Percayakan Awak.

Tak Tahu.

Tuesday, March 23, 2010

ouh JAKSA kolej ku

"Kami tak tahu, itu bukan kerja kami.  Kerja kami cuma inform pada atasan.."
What the Fish??
begitu kata2 JAKSA kolej kediaman kat U aku.
mula2 kata "Korang boleh cakap dan tanya apa yang korang nak tanya."
'bagusnya,' aku fikir.
selepas ditanya, tu la yang kat atas tu jawapannya.
kalau macam ni adik aku umo 3 tahun pun boleh jawab(macam la aku ada adik).

aku tak faham la, macam mana pemilihan JAKSA dibuat, ada yang tak ada kaliber langsung, cakap lebih, bulu idung aku pun boleh gugur bila dengar.  tapi nak tunggu tindakan dia, aku da berak 100 kali(kecuali masa cirit-birit, pengiraan akan bergerak pantas) pun belum tentu ada yang nak mula bergerak. mungkin cuma catat je masalh tu kat mana-mana, pastu?

ambil contoh, kerusi roommate aku yang patah tu tak diganti-ganti.
hasilnya, kaki aku berdarah-darah dan lebam kena hempap.
dah la aku fobia darah, muntah-muntah lak aku.

hasilnya, tak bergaya langsung aku pergi dinner kolej. kaki dah buruk.

Saturday, March 20, 2010

henset kecik bahaya?

aku tak faham kenapa orang selalu samakan henset yang besar gedabak itu sebagai pembaling anjing yang sangat afdal.(kesian anjing, nak gune public fon x sampai, nak pinjam orang punye, orang x ikhlas baling2 plak)

ouh, sangat pelik dan memeningkan psikologi otak aku yang masih terbantut di tahap pemikiran pelajar 15 tahun yang belum pun ambik PMR. sedangkan umur aku da nak cecah 20(cecah je la..)

dan aku blogwalking, membaca blog seseorang yang menarik.
henset dia mungkin cm bapak aku punya dulu2, belum pun tarik dia punya antena, da panjang satu hasta.(satu hasta tgn bukan atlet yg tinggi 180+, kna amik tgn org tggi 150cm je)
fuh!..alien mesti jeles.

di dalam kekalutan dikejar anjing, saat tangan kosong utk berlawan, kaki utk berlari juga terpaku.

aku rasa pengeluar henset patut pertimbangkan balik pengeluaran henset yang gedabak2 ni.
kepada sony E, nokia, alcatel, henset cine, mahupun cokia, pk2 la nak keluarkan balik.

henset kecik bahaya di saat2 kecemasan. ye, mungkin.

:::::em..cmne nak msuk enset dalam beg kalo da 1 hasta panjangnye?:::::

Tuesday, March 16, 2010

Lelaki

lelaki. aku tak tau sejauh mana aku nak mempercayai lelaki.
terus terang aku memang tak percaya mereka 100%.
walau cinta hati aku sendiri, aku tetap tak percaya.
zaman ni, semua pun sama je. haruan makan anak pun ada.
cukup la sekali aku penah percaya, nasib maruah tak tergadai.
aku masih tahu halal dan haram.
semoga tangan ini suci dari dosa.

diskriminasi

diskriminasi terhadap orang2 yang mcm aku yang memilih mnjadi non-assertive person.
aku tak faham kenapa dunia macam ni?
tak adil. hari ini, muka lawa, ada duit berlipat2, pangkat, darjat mahupun 'bangsat', boleh hidup mewah.
dan orang macam aku dianggap ketinggalan.
saham akhirat lagi penting. 

Monday, March 15, 2010

bukan lah

haha. sudah terlalu banyak kejiwangan yang aku coretkan.
sebenarnya bukan jiwang sahaja yang sentiasa bermain dalam fikiran aku.
masih banyak benda lain yang menyerabutkan.
entah lah aku tak pasti apakah masalah psikologi manusia lain yg menekan aku.

aku cuma mewujudkan blog ini untuk menulis tanpa dikenali.
macam pengecut, aku tahu. name pun dah secret blogger.
haha.

by the way aku mengalu2kan kehadiran kamu semua untuk melontarkan kata2.
pujian, idea, kritikan, hinaan xyah la kan, dan apa2 jua yg membina.

Sunday, March 14, 2010

awak, sayang.

sayang , jangan mengalirkan air mata kerana saya.
terlalu berharga air mata awak untuk dibazirkan kerana saya.
saya yang bersalah.

buat awak

saya minta maaf pada awak yang saya sayangi.
saya dah buat sesuatu yang membuat awak tertunggu-tunggu.
saya rasa sangat bersalah, awak.
sebab buatkan insan yang sangat saya sayangi macam ni.
lepas ni, saya tak kan buat lagi.
awaklah yang akan saya utamakan.
saya sangat sayangkan awak.

Saturday, March 13, 2010

Mampukah aku?

saya tak tahu macam mana dengan saya kalau saya kehilangan awak.
saya tak nak fikir , saya tak sanggup bayangkan.
awak terlalu penting dalam hidup saya.
sangat-sangat.

apa yang saya tahu, saya tak nak kehilangan awak. mungkin terlalu pedih untuk diterima kalau itu berlaku.

jadi katakan pada saya, yang awak akan setia.
just three words, dear, to make me warm.
i heart you. forever++


tenang.

kerana

kerana aku sayang dia,
aku akan jaga dia baik-baik.
membuatkan dirinya istimewa.
membahgiakan dirinya.
tapi aku akan pergi jika dia tak perlukan aku lagi.

just that i wanna say I really love you.



cinta mudah

aku rasa orang lain terlalu mudah untuk jatuh cinta.
terlalu mudah jua melafazkan kata-kata ajaib aku cinta pada mu.
selepas cinta ditolak, cari lain.
ditolak lagi, cari yang lain.
dan seterusnya.
bila nak berhenti aku pun tak tahu
bukan aku nak mempertikaikan kata2 inggeris "just moving on".
ada benar kata-kata itu, tapi tak semestinya terlalu pantas.
ibarat "semalam aku mencintai kau, hari ini aku mencintai dia, hari esok pula aku mencintai si dia yg lain"
adilkah cinta yang sebegitu.
cinta sesama manusia mmg tak pernah kekal.
hanya cinta kepada Ilahi yang abadi.

aku kecewa kau begitu kawanku.


Friday, March 12, 2010

cinta pertama


kadang-kadang hidup tak selalu indah. apa yang kita cintai tak semestinya menjadi milik kita. kadang-kadang kita kena melepaskan dia pergi. kadang-kadang kesakitan tu amat mencengkam sehingga bergetar jiwa aku menangisinya.

aku tak faham. bukan aku kecewa dengan keputusan aku melepaskan dia pergi.
mungkin hati terluka kerna serpihan kasih masih ada.
kadang-kadang hati menangis.
kadang-kadang hati merindui.
cinta pertama , yang sememang nya mengecewakan aku.
ia datang tiba-tiba.
dan ia pergi tiba-tiba.

dan sekarang, ia datang balik secara tiba-tiba.
dan di saat ini aku tak dapat menerima utk kali kedua.
kerana hati sudah termiliki.
peluang sudah tiada.
dan aku, gembira dengan matahari aku sekarang.
yang sentiasa membuatkan aku rasa hangat.
walau tangan sekalipun tidak pernah bertemu, tapi hati mendekati.
sudah cukup menghangatkan aku, wahai matahariku.


kali pertama


kawan2 aku mungkin akan melewati blog ini.

tanpa sedar.

tapi siapa aku?

aku akan rahsiakan.

sebab dunia terlalu kejam untuk aku berkata-kata dengan bebas.

berkali2 aku terluka, manusia yg memandang serong, aku tersekat di antara luahan kata2 dan luahan hati.

pernah tak kamu rasakan bagaimana rasanya tak dapat meluahkan semua perasaan?

pernah tak kamu tahu apa rasanya tak dihargai?

katakan wahai teman, aku memang pengecut.

untuk mengakui siapa diri ku.

aku cuma mahu menulis.

di luar aku menyembunyikan identiti.

baca lah suara hati aku jika kamu berminat.

kerna aku hanya mahu berkongsi kata2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...