Saturday, August 28, 2010

kadang-kadang aku idle dari blog ini.

kerana aku mahu pergi membeli tiket untuk ke hujung pelangi.


yang aku tidak pasti di mana kaunter nya.

untuk menyaksikan konsert cahaya matahari lembut yang menyapa pipi dan mengelus-elus rambut.

bersama orang yang paling hampir dalam hati aku.

berbekalkan kasih, menyanyikan lagu indah.

dan lena dalam fantasi mimpi yang aku ciptakan sendiri.


kerana itu aku idle. aku terlalu banyak fantasi.


Monday, August 23, 2010

suka pertama

kali pertama aku suka lelaki ialah masa umur 12 tahun. pada classmate aku masa darjah 6. dia agak comel, sporting dan kelakar. sebab tu aku suka dia. setiap hari aku berharap dapat bercakap dengan dia. tapi aku sangat malu nak mengakui aku sukakan nya.

aku rasa agak ramai yang menyukai dia ditambah dengan pakej 'hensem' yang dia ada. tapi dia sangat baik. dan cool. bergaya.

satu hari dia baling kertas pada aku masa cikgu mengajar. aku buka kertas tu. he wrote 'i love u. boleh tak?'.

dan disebabkan aku yang sombong tak tahu menghargai orang masa tu.aku marah dia dengan mengatakan dia mengada-ngada padahal dalam hati aku dah berbunga-bunga. aku buat muka. aku boleh nampak muka dia kecewa.

dan beberapa hari selepas itu dia pindah sekolah. dan sejak tu sampai sekarang aku tak pernah tahu dia di mana. itulah aku rasa orang yang pertama kali aku suka.


tapi aku tak rasa ini cinta.


Tentang Facebook

dulu aku suka facebook. sekarang aku benci. kerana sedikit sebanyak ia memporak-perandakan hidup aku.
contohnya aku jumpa FB orang yang aku tak suka dan ia betul-betul menjengkelkan. tambah-tambah bila dia add aku dan konon-konon mahu berbaik.

pada aku dia sudah lama mati. atau lebih senang, tak pernah hidup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...