Thursday, March 29, 2012

perasaan yang berapi api ungu

ungu. kenapa ungu? entah. aku tak punya jawapan.
tapi balik-balik aku sakit hati.

bila aku fikirkan pasal budak tu. dia memang melampau. sampai banyak kali pun masih tak faham bahasa. kalau dia masih buat macam tu, kali pertama aku jumpa dia, sumpah mulut dia makan kasut aku.
kalau tak buat macam tu *even buat dalam bayangan kepala sahaja*, orang tu bukan aku lah.

aku selalu ada imaginasi belasah dan buat overreacting dengan orang yang buat aku lemas perut, tapi aku belum ada enough strength. aku pun tak tahu kenapa.

aku kerap sembunyi, lama-lama aku lampiaskan pada orang yang salah. kesian mangsa keadaan, padahal aku marah pada seorang je.



grrr...

pergh dalam kepala aku, aku dah tendang kau banyak kali sampai kemek.

Saturday, February 25, 2012

Kisah Cinta Yang Pudar

Aku tak faham. Apakah ertinya cinta yang pudar?

Kalau dulu aku akan selalu senyum bila tiba hari kami bertemu, sekarang aku berekspresi biasa. Aku rasa lain.
Kalau dulu aku berdebar-debar tiap kali memandangnya, sekarang tidak lagi.
Kalau dulu aku tak kisah ke mana sahaja selagi aku bersamanya, sekarang aku rasa bosan.
Aku rasa aku perlukan suasana yang baru.

Jadi, tibanya satu hari aku berkata “awak, hari ni saya nak ikut kawan-kawan keluar lah”. Dan dia diam, aku tahu dia pasti bosan. Ini hari minggu, rutinnya dia ketemu aku. Kami akan keluar bersama.
Aku yakin yang aku akan gembira bersama kawan-kawan.

Kami menonton wayang.
Makan-makan bersama.
Gelak tawa.
Makan ais-krim.
Girl’s Talk.
Membeli belah. Terus ketawa. Balik lewat malam.
Aku gembira. Itulah yang sepatutnya bukan.


Tapi aku rasa kehilangan dia.
Aku rindukan dia di sebelah aku.
Aku sudah biasa dengan dia. Aku sudah tidak biasa dengan orang lain.
Itulah maksudnya cinta aku tidak pernah pudar, ianya sudah kukuh.
Kerana ia sudah kukuh, maka kami rasa biasa. Kami selesa. Kami tak lagi berpura-pura ketika bertemu seperti pasangan baru bercinta.

Ya, itulah cinta kami yang telah lama kukuh.
Dan, malam itu aku menangis di telefon.
“awak, saya rindu awak..”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...