Sunday, June 27, 2010

Tikaman Kesakitan Materialistik

Dari satu sudut aku nampak dunia macam tak adil.

Dari sudut lain aku rasa tertipu.

Berbicara materialistic semata, mungkin tidak kisah meniti di bibirnya.
Sekadar topeng halimunan yang melindungi halusinasi asli tapi palsu.

Hakikatnya pangkat dan kedudukan diagung-agungkan,
Menjadi ukuran utama sama penting seperti kilometer dan batu lebuh raya.

Mungkin aku silap dalam menilai. Aku tak pandai matematik.

Mungkin hari ini tiada lagi cinta suci bak Uda dan Dara,
Apatah lagi Syah Jehan dan Mumtaz.
Romeo dan Juliet jauh sekali.
Ibarat di hujung langit untuk melakarkan kisah cinta sebegitu.

Terkamjat jiwa-jiwa yang dilamun cinta membaca puisi.
Tersumpah seranah mengata mencaci si pemuisi yang kebiolan otak melontarkan kata nista terhadap cinta sejati mereka, bukan bukan bukan.

Kata hati aku kenapa didamba perjalanan cinta yang begitu indah kalau syurga di hati tidak bercambah.
 Apa yang patut aku rasa sekarang, aku pun tak tahu.

Aku perlu masa untuk mengubati luka dari si peminat pangkat dunia.
Kerana lukanya lebih parah dari tikaman Taming Sari Hang Tuah pada sahabatnya Hang Jebat.
Aku lebih kasihan dari Si Jebat.

2 orang menaip alphabet:

Khairunnisa' said...

Me likey =]

(http://ohmonstar.blogspot.com)

CikOo Rahsia said...

thx khairunisa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...