Thursday, January 6, 2011

Aku Seorang Introvert


Kenapa di dunia ini kita perlu ikut siapa suka mendesak, dia dulu dapat? 

Kenapa kita tidak memilih cara yang lebih lembut dan amalkan tolak ansur. Kenapa bila kita belajar, semua cikgu atau pensyarah terapkan supaya saling bekerjasama.

Tapi bila kita bekerja, kita tenggelam dalam perlumbaan siapa cepat naik pangkat. Siapa tegas,dia dapat. Siapa bijak, dia kaya. Siapa kuat, dia berkuasa.

Kenapa?

Kerana mentaliti kita di zaman moden ini telah diterapkan begitu. Aku penat hidup dalam perlumbaan. Perlumbaan yang menjadikan si lemah menjadi korban, seperti biasa.

Yang mengecewakan hati aku, dalam sesuatu profesyen, mestikah ahlinya dididik dari awal untuk membenci pada profesyen yang lain? Jawablah.

Contoh. Penjual ikan benci penjual daging. Perlu ke?perlu ke? Perlu ke semua?

Ini cuma contoh saja.sekiranya kamu langkah kan kaki ke dunia sebenar,luar dari zon selesa kamu, kamu bisa hancur sebenarnya.

Perlumbaan bukan sahaja dari segi mentaliti dan fizikal yang semua asyik canangkan.

Carilah perlumbaan kamu. Perlumbaan yang menjanjikan ‘kebahagiaan’ itu, dan semoga kamu bahagia.

3 orang menaip alphabet:

Azuan said...

zaman belajar pon dah diterapkan nak benci profession yang mana...hehee

CikOo said...

tu lah pasal...buat dosa awal je

aleen aiden said...

erk,knape perlu berlumba?kan3?hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...