rasanya sebuah penipuan. hati aku terluka. tercalar.
sedikit sebanyak hati aku hancur sebab dia.
tapi cinta itu buta, aku mesti teruskan hubungan ini.
tapi aku takut.
apakah aku betul-betul sesuai dengan dia.
atau sebaliknya.
aku masih sayang dia.
Monday, December 26, 2011
erti sebuah penipuan yang dirancang
Monolog bebas CikOo Masa nya? Monday, December 26, 2011 0 orang menaip alphabet
Thursday, October 13, 2011
ada orang kisah apa aku rasa?
apa yang aku rasa inferior adalah meletakkan kaki di atas weighing machine, apalagi weighing machine kat public yang masukkan 20 sen.
. aku tak nak balik rumah walaupun aku rindu sangat nak balik rumah. aku rindu mak , abah. tapi setiap kali balik aku akan dengar perlian mereka yang sebabkan aku makin depress dan tertekan.
bila aku cakap kat orang lain jawapannya ala biasa la tu famili nak gurau2.
tapi aku sangat depress. aku layak masuk psikiatri.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Thursday, October 13, 2011 0 orang menaip alphabet
Monday, September 19, 2011
mengadu dengan blog
dunia luar aku periang, kadang-kadang introvert bila depress.
entah aku pun tak berapa faham.
mangsa mengadu aku adalah blog. tengok saja isi-isi lepas.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Monday, September 19, 2011 1 orang menaip alphabet
mahalnya sebuah rasa cinta
kelmarin dan yang lepas hidup aku bagai lalang. tertiup oleh rentak angin. bisa nya pergi madunya datang. ahh aku rasa sejuk di hati sekali lagi setelah kata-kata manis melewati cuping telingaku.
bagaimana engkau boleh mengambil hatiku.
aku panik sendirian.
aku keliru, tapi masih senyum-senyum.
muka kau yang disenangi masih tampil di kotak khayalan. aku terasa manisnya di situ. apa beza aku pada jam ini dan dulu?.
aku sedang jatuh cinta entah untuk kali ke berapa nya. aku harap kau kan kekal di sini.
di ruang istimewa hati aku.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Monday, September 19, 2011 0 orang menaip alphabet
Tuesday, June 21, 2011
aku rindu dia yang dulu
lama rasanya tak menjengah alam mimpi aku di sini. heh. sebenarnya aku mahu pendapat, macam mana untuk tahu aku masih lagi mencintai dia.
kadang-kadang aku rasa semua ini hanya nafsu belaka. bukan rasa cinta yang aku dambakan.
rindu sangat zaman yang lepas, aku rasa aku lebih jujur mencintai dia yang dulu.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Tuesday, June 21, 2011 1 orang menaip alphabet
Monday, February 28, 2011
saya tak pemalas
saya memang jarang update blog.facebook pun kadang-kadang tak hidup.
bukan sebab pemalas, tapi saya lebih suka memerhati dan mendengar,in this case,membaca.
boleh baca karya-karya lepas yang mana saya lebih suka berbanding sejak akhir-akhir ini.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Monday, February 28, 2011 0 orang menaip alphabet
Cakap Kosong dunia aku
saya jatuh cinta lagi awak,saya minta maaf.
tapi kali ini bukan dengan orang yang sama. saya tak tahu macam mana perasaan ini boleh menyelinap masuk. mungkinkah atas dasar simpati?
macam mana hari yang kita akan bina kemudian? adakah saya bersama awak?
atau bersama dia.....
|saya harapkan simpati ini cepat hilang, saya minta maaf buat awak yang mencintai saya dengan ikhlas. cinta ini bukan sengaja, saya akan ambil pain killer untuk bunuhnya supaya saya hanya untuk awak|.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Monday, February 28, 2011 1 orang menaip alphabet
Tuesday, February 22, 2011
aku lah tunggul kayu
kadang-kadang bila kita rindu pun kita tak boleh buat apa sebab dia jauh.
aku kadang-kadang letih jadi macam tunggul.
tapi sekali sekala dapat lihat senyuman dia, aku lega.
nampak sangat cinta itu memang buta. jadi tunggul pun tak apa.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Tuesday, February 22, 2011 1 orang menaip alphabet
Saturday, February 19, 2011
aku perempuanmu dahulu.
sekarang tempoh lama mahu lari dari kenyataan.
kadang-kadang rasa mahu malapkan terangnya hari, supaya aku boleh terus lena.
sekarang mimpi aku lebih indah dari realiti. kadang-kadang aku menangis bila bangun. bukan kerana penat perlukan rehat lebih, tapi kerana realiti hidup aku tak seindah dulu.
aku sekarang malas untuk fikir masa hadapan aku dengan siapa. kadang-kadang aku rasa dilamun cinta, kadang-kadang aku rasa putus cinta. berapa banyak lagi kadang-kadang yang boleh aku lalui.
aku penat dengan kadang-kadang itu.
aku mahu selalu bahagia, dengan aku sebagai perempuanmu.
dan kau, kekasih hati aku. walaupun ia sekadar cebisan memori lampau yang kita tak mungkin putar kembali untuk simpan ia secara tetap.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Saturday, February 19, 2011 0 orang menaip alphabet
Cakap Kosong dunia aku, Hurts, Lies, Life, Love, Lust, puisi, Tears
Thursday, January 6, 2011
Aku Seorang Introvert
Monolog bebas CikOo Masa nya? Thursday, January 06, 2011 3 orang menaip alphabet
Saturday, January 1, 2011
kenapa dibiarkan.
tempoh hari aku kaget. aku tak tahu apa yang aku lakukan. fikiran aku buntu.
aku tak mahu dimurkai. aku resah. aku berdosa.
aku dah biarkan dia cium aku, memeluk aku.
apa sebenarnya yang terjadi?
aku buntu. aku buntu.
tolonglah aku.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Saturday, January 01, 2011 1 orang menaip alphabet
Cakap Kosong dunia aku, Hurts, Life, Love, Lust, puisi, Tears