Wednesday, July 14, 2010

Kata-kata Tersekat.

Maafkan saya,
Bila saya selalu biarkan ucapan
“saya sayangkan awk”,
Tergantung  tanpa jawapan,
Atau dengan jawapan yang kedengaran pelik di telinga.
Maafkan saya,
Bila saya tak pandang tepat ke mata awak bila kita berjumpa.
Maafkan saya,
Bila saya selalu kedengaran sedih dalam telefon.
Maafkan saya,
Bila saya selalu fikir yang bukan-bukan.
Maafkan saya,
Bila saya tak tahu nak cakap apa di saat awak bermasalah.

Saya selalu nak cara terbaik untuk ucapkan “Saya sayangkan awak jugak”,
Tapi akhirnya saya tak mampu ucapkan apa-apa.
Saya selalu rasa nak menatap muka awak lama-lama bila kita jumpa,
Tapi saya takut saya tak mampu alih pandangan lagi dan tak kan biarkan awak pergi walau satu saat.
Saya selalu nak rasa ceria bila dalam telefon,
Tapi kedengaran sedih sebab saya sangat rindukan awak setiap masa.
Saya selalu nak berfikiran positif,
Tapi saya sangat sangat takut ada orang ambil awak dari saya.
Saya sentiasa mahu jadi kaunselor terbaik awak,
Tapi akhirnya awak yang menenangkan saya, sebab saya menangis dulu sebelum awak.

Saya sangat sayangkan awak jugak.
Saya nak sentiasa menatap mata awak,
Saya nak sentiasa ceria bila bercakap dengan awak.
Saya nak sentiasa berfikiran positif.
Saya nak jadi kaunselor terbaik awak.

Satu hari nanti saya nak kahwin dengan awak.

1 orang menaip alphabet:

xazryx said...

semoga menjadi kenyataan .huhu .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...