saya memang jarang update blog.facebook pun kadang-kadang tak hidup.
bukan sebab pemalas, tapi saya lebih suka memerhati dan mendengar,in this case,membaca.
boleh baca karya-karya lepas yang mana saya lebih suka berbanding sejak akhir-akhir ini.
Monday, February 28, 2011
saya tak pemalas
Monolog bebas CikOo Masa nya? Monday, February 28, 2011 0 orang menaip alphabet
Cakap Kosong dunia aku
saya jatuh cinta lagi awak,saya minta maaf.
tapi kali ini bukan dengan orang yang sama. saya tak tahu macam mana perasaan ini boleh menyelinap masuk. mungkinkah atas dasar simpati?
macam mana hari yang kita akan bina kemudian? adakah saya bersama awak?
atau bersama dia.....
|saya harapkan simpati ini cepat hilang, saya minta maaf buat awak yang mencintai saya dengan ikhlas. cinta ini bukan sengaja, saya akan ambil pain killer untuk bunuhnya supaya saya hanya untuk awak|.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Monday, February 28, 2011 1 orang menaip alphabet
Tuesday, February 22, 2011
aku lah tunggul kayu
kadang-kadang bila kita rindu pun kita tak boleh buat apa sebab dia jauh.
aku kadang-kadang letih jadi macam tunggul.
tapi sekali sekala dapat lihat senyuman dia, aku lega.
nampak sangat cinta itu memang buta. jadi tunggul pun tak apa.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Tuesday, February 22, 2011 1 orang menaip alphabet
Saturday, February 19, 2011
aku perempuanmu dahulu.
sekarang tempoh lama mahu lari dari kenyataan.
kadang-kadang rasa mahu malapkan terangnya hari, supaya aku boleh terus lena.
sekarang mimpi aku lebih indah dari realiti. kadang-kadang aku menangis bila bangun. bukan kerana penat perlukan rehat lebih, tapi kerana realiti hidup aku tak seindah dulu.
aku sekarang malas untuk fikir masa hadapan aku dengan siapa. kadang-kadang aku rasa dilamun cinta, kadang-kadang aku rasa putus cinta. berapa banyak lagi kadang-kadang yang boleh aku lalui.
aku penat dengan kadang-kadang itu.
aku mahu selalu bahagia, dengan aku sebagai perempuanmu.
dan kau, kekasih hati aku. walaupun ia sekadar cebisan memori lampau yang kita tak mungkin putar kembali untuk simpan ia secara tetap.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Saturday, February 19, 2011 0 orang menaip alphabet
Cakap Kosong dunia aku, Hurts, Lies, Life, Love, Lust, puisi, Tears