sepi angin terik membaluti mimpi petang damai ini.
hembusan angin,
belaian mentari petang di kota
aku ingin pulang aku ingin desa
jangan ciptakan terowong halangan dari igauan manis aku.
sedih bukan kalau kamu jadi yang terbuang.kalau kamu jadi yang tersisih.aku lagi-lagi mimpi indah, tapi realitinya aku bukan macam watak idaman bagai cinderella melayu. aku cinderella sebelum ketemu pari-pari dari planet zuhal.
aku rasa aku kan terus jadi cinderella yang sampai bila-bila tak akan bertemu puteranya. bagaimana aku harus tonjolkan pada dunia tentang siapa aku. aku malu dengan kesepian hati aku. aku tak pandai mengorak langkah untuk mendekati kamu. suara aku, dingin bagai angin lalu. singgah di cuping telinga, tapi tak lama.
kalau kamu bertemu aku, duduk seorang diri di tepi pantai pada saat matahari terbenam, kamu rasa aku sukakan romantis.
tapi kalau kamu bertemu aku di tanah perkuburan pada pukul 2 pagi malam jumaat, meskikah kamu masih rasakan aku sukakan romantis. kamu pasti fikir aku hantu.
sebenarnya aku orang yang macam itu.
adakah aku ideal kepada dunia kamu?
atau aku ideal dalam dunia pari-pari aku sendiri.
Sunday, October 31, 2010
ideal kah aku untuk dunia kamu,
Monolog bebas CikOo Masa nya? Sunday, October 31, 2010 0 orang menaip alphabet
andainya
andai kata aku luka kan semua aku kan pergi.
tapi izin aku lewati keindahan dunia ini dahulu
kerana di sana aku tak ketemu lagi dengan pelangi
pelangi yang sentiasa dalam hati aku
kaulah pelangi aku.
tujuh kebahagiaan. tujuh dalam hati aku adalah kau.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Sunday, October 31, 2010 0 orang menaip alphabet
Thursday, October 28, 2010
melodi cinta karut
tersingkap satu kisah baru hari itu setelah hari terlahir aku ke dunia
hari jadian aku yang memasuki satu tambah satu dekad
ia nombor dua
diam diam saja sudah berulang
tidak bising saja sudah pergi datang kembali.
kronologi masa seperti biasa kau tak pernah tahu
kau mahu berhentikan masa jadi kaku
pada kucupan pertama kita.
pada hari aku menjadi warga dua dekad,menyamai kau tiga tahun lepas
kau ingin dakap aku, dan kau rebut segalanya
itu impian kau, aku tahu.
dan aku tak benarkan. kau boleh jalan dengan impian karut kau.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Thursday, October 28, 2010 0 orang menaip alphabet
JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI
Ben Ashaari |
ok gurau. saya nak ada dalam bloglist ben ashaari.
boeh tambah kawan kan?
dia berkaitan dengan newbie, jadi mari kita masuk.
i'm a newbie.
nak join, klik sini .
Monolog bebas CikOo Masa nya? Thursday, October 28, 2010 0 orang menaip alphabet
Cakap Kosong Ben Ashaari, Newbie
Thursday, October 21, 2010
aku cemburu dengan lelaki
aku sepi lagi terasa terbuang bila masa macam ini. yang kuat berdating pergi tinggalkan aku, yang kuat makan tak henti-henti makan, kawan tak makan lagi pun tak sedar. janji perut kenyang badan besar sihat.
kawan ke namanya?
aku jeles dengan persahabatan lelaki.
kalau kawan baik, kawan baik sampai mati.
apa-apa hal masih sama-sama.
walaupun duit tinggal lima ringgit dalam wallet masih lagi excited nak belanja kawan baik makan.
kalau tersadai tepi jalan pukul 2,3 pagi, kawan baik yang bangun pergi tengok kan.
kalau tersuka pada perempuan yang sama, dua-dua give up on the girl. cari lain.
tapi perempuan?
duit ada rm30, kawan mintak pinjam jawapannya 'ni je lah tinggal duit aku, aku nak bayar ni nanti..bla bla'.
bila ada masalah tengah-tengah malam kita call tak angkat. kalau boyfie dia, baru dua tiga ring dah kalut-kalut dehem suara baru bangun tido, jawab dengan suara ayu konon.
kalau tersuka pada lelaki yang sama, sanggup putus kawan.
tapi apa pun aku perempuan.
aku perempuan tanpa kawan baik. jadi aku tak ada masalah itu.
kawan biasa pun dah cukup disaster.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Thursday, October 21, 2010 0 orang menaip alphabet
Wednesday, October 6, 2010
hoping for better disaster
so it will destroy me hundred percent
i will be heartless then.
in your heart, i'll be an idle.
there will be painless of suffering
no feels on jealousy
not a little bit of lust thingy love.
much pain on disaster, do come.
i am already dying.
make it go away please..
Monolog bebas CikOo Masa nya? Wednesday, October 06, 2010 0 orang menaip alphabet
Friday, October 1, 2010
The Me.
rasa nak menangis di bahunya, dan memeluknya seerat mungkin.
tak mahu melepaskan pergi.
sekarang, aku rasa seksa.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Friday, October 01, 2010 0 orang menaip alphabet