kadang-kadang kita perlu berdiam diri demi menjaga hati orang yang paling kita sayang. tapi tak semua berfikiran begitu. tak kurang yg rasa berterus-terang lebih baik dari berahsia.
Friday, September 24, 2010
Pergilah Kenangan
aku terima itu.
aku kategori lebih berahsia. sebab aku suka aku yg moving on, buat apa diungkit kisah lepas. buat apa aku ingatkan kenangan lama. biarlah ia tersimpan.
kenapa aku tak suka bertanyakan kisah lepas-lepas kau?
kerana pada masa itu dalam hati kau tak ada aku,
dalam hati kau ada orang lain.
dan saat itu, aku rasa. adalah saat paling terluka aku boleh rasa.
setiap minit yg dia berada di hatimu, aku semakin terluka.
sebab aku tak ada.
aku tahu walau sekarang aku miliki cintamu,
kau tetap ada kenangan dulu.
kau tak cuba selami hati aku.
aku maafkan, sebab aku terlalu sayang.
cuma sekarang, aku rasa nak menjauhkan diri buat sementara waktu.
hati aku sakit sangat.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Friday, September 24, 2010 2 orang menaip alphabet
Sunday, September 5, 2010
The Circle You Fill
terlalu banyak beza kita.
kau ramai, aku sepi.
kau senyum orang terpaut,
aku senyum orang maut.
walau besar mana jarak kita pada mata kasar,
hanya kita tahu,
jarak tersebut tak pernah wujud.
kau. aku. tak ada beza.
kerana kita di dalam satu bulatan barter yang sama.
yang kita namakan cinta.
Monolog bebas CikOo Masa nya? Sunday, September 05, 2010 0 orang menaip alphabet
Subscribe to:
Posts (Atom)