Thursday, December 23, 2010

Antara Bulan dan Pelangi

sekarang bagaikan semua sukakan pelangi.

tapi aku masih setia dengan bulan.


dulu semua memuji bulan.
bulan cantik bulan indah...
'engkau laksana bulan, tinggi di atas kayangan...'
sekarang?

sinarmu bak pelangi indah
hadirmu mewarnai hidup ku yang kelabu
kau pelangi hidupku...
itu sekarang.


bagaimana bulan? kau sepikah?
aku kan terus temankan bulan,
menatapmu setiap malam.

Friday, December 3, 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST



“Mungkin kamu boleh luluh dengarkan kata aku,” sebulan lepas aku dengar itu.
Dan sejak sebulan yang lepas, bukan setakat hati luluh yang kurasai. Ia disertai semangat yang hilang.  Ia disertai penyesalan teramat.

Aku dan kenangan manis kita teruskan belayar sepi.  Jiwa yang telah dicuri, kau kembalikan retak.  Bukan aku tidak cuba untuk baiki, tapi keadaan semakin teruk bila aku tahu kebenaran penipuan di sebalik kisah bahagia kita.
Kisah bahagia yang merupakan satu penipuan. Kau pandai, kau ciptakan ia dalam hati aku.
Dan akui kau terlebih pandai.  Kau tahu aku tak akan biarkan kau pergi begitu sahaja.  Untuk bebas, inilah yang kau lakukan.

Di mana janji kita? Di mana kata-kata dahulu?
Hanya aku masih ingati itu, dan kau?
Mencipta lagi satu kisah bahagia yang aku sangat pasti, merupakan penipuan,
dengan dia.

Piring Hitam - Penipu
Pernah dulu kau kata kau cintakan ku,
Bertahun lama sanggup kau menungguku,
Hati dan jiwamu hanyalah untukku,
Sumpah dan janjimu memburu untukku.
CHORUS
ya ya ya ya,
Kau, kau tipu aku, x2
Kau tipu aku
Kau tipu aku
Kau curi jiwaku kau gembirakannya,
Kau dakap tanganku,
kau bahagiakannya,
kau kucup bibirku,
Kau menikmatinya,
Kau peluk tubuhku,
Kau ceriakannya.
CHORUS
Kiniku lihat kau berdua dengannya,
Tapi mengapa dia teman karibku,
Tawa gembira,
Musnahkan jiwaku,
Kau hancurkan semua saat manisku.

*Ini adalah cerita rekaan semata untuk menyertai  KAWAII GADGET'S CONTEST yang dianjurkan oleh Mommy Pinky.
Untuk join sila klik SINI
aku tag
http://shinoxyuna.blogspot.com/
http://nufa.blogspot.com/
http://nostalgialama.blogspot.com/

referral : mommy pinky

Wednesday, November 3, 2010

pilihan yang kita ada

kadang-kadang hati tidak menginginkannya tapi jalan pastikan bercabang dan berliku.
tak ingin memilih dan tak ingin dipilih. aku buntu. aku benci jadi di antara pilihan.
menanti masa, cuma. bagaimana jika akhirnya hampa dan aku harus pergi. kerana aku tak terpilih, aku kalah.

aku menangis dalam dunia yang aku ciptakan, dunia dalam blog bersama kawan-kawan alphabet aku. aku nampak QWERTYUIOPASDFGHJKLZXCVBNM tak pernah senyum tapi ia tetap di sini, tidak pergi dari aku.

manusia datang dan pergi bagaikan angin lalu. temani aku awan putih, langit biru. aku takut sendirian di sini.

Sunday, October 31, 2010

ideal kah aku untuk dunia kamu,

sepi angin terik membaluti mimpi petang damai ini.
hembusan angin,
belaian mentari petang di kota

aku ingin pulang aku ingin desa
jangan ciptakan terowong halangan dari igauan manis aku.

sedih bukan kalau kamu jadi yang terbuang.kalau kamu jadi yang tersisih.aku lagi-lagi mimpi indah, tapi realitinya aku bukan macam watak idaman bagai cinderella melayu. aku cinderella sebelum ketemu pari-pari dari planet zuhal.

aku rasa aku kan terus jadi cinderella yang sampai bila-bila tak akan bertemu puteranya. bagaimana aku harus tonjolkan pada dunia tentang siapa aku. aku malu dengan kesepian hati aku. aku tak pandai mengorak langkah untuk mendekati kamu. suara aku, dingin bagai angin lalu. singgah di cuping telinga, tapi tak lama.

kalau kamu bertemu aku, duduk seorang diri di tepi pantai pada saat matahari terbenam, kamu rasa aku sukakan romantis.
tapi kalau kamu bertemu aku di tanah perkuburan pada pukul 2 pagi malam jumaat, meskikah kamu masih rasakan aku sukakan romantis. kamu pasti fikir aku hantu.
sebenarnya aku orang yang macam itu.
adakah aku ideal kepada dunia kamu?
atau aku ideal dalam dunia pari-pari aku sendiri.

andainya

andai kata aku luka kan semua aku kan pergi.
tapi izin aku lewati keindahan dunia ini dahulu

kerana di sana aku tak ketemu lagi dengan pelangi
pelangi yang sentiasa dalam hati aku

kaulah pelangi aku.
tujuh kebahagiaan. tujuh dalam hati aku adalah kau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...