Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

aku perempuanmu dahulu.

sekarang tempoh lama mahu lari dari kenyataan.
kadang-kadang rasa mahu malapkan terangnya hari, supaya aku boleh terus lena.

sekarang mimpi aku lebih indah dari realiti. kadang-kadang aku menangis bila bangun. bukan kerana penat perlukan rehat lebih, tapi kerana realiti hidup aku tak seindah dulu.

aku sekarang malas untuk fikir masa hadapan aku dengan siapa. kadang-kadang aku rasa dilamun cinta, kadang-kadang aku rasa putus cinta. berapa banyak lagi kadang-kadang yang boleh aku lalui.
aku penat dengan kadang-kadang itu.

aku mahu selalu bahagia, dengan aku sebagai perempuanmu.
dan kau, kekasih hati aku. walaupun ia sekadar cebisan memori lampau yang kita tak mungkin putar kembali untuk simpan ia secara tetap.

Saturday, January 1, 2011

kenapa dibiarkan.

tempoh hari aku kaget. aku tak tahu apa yang aku lakukan. fikiran aku buntu.

aku tak mahu dimurkai. aku resah. aku berdosa.


aku dah biarkan dia cium aku, memeluk aku.
apa sebenarnya yang terjadi?

aku buntu. aku buntu.
tolonglah aku.

Thursday, December 23, 2010

Antara Bulan dan Pelangi

sekarang bagaikan semua sukakan pelangi.

tapi aku masih setia dengan bulan.


dulu semua memuji bulan.
bulan cantik bulan indah...
'engkau laksana bulan, tinggi di atas kayangan...'
sekarang?

sinarmu bak pelangi indah
hadirmu mewarnai hidup ku yang kelabu
kau pelangi hidupku...
itu sekarang.


bagaimana bulan? kau sepikah?
aku kan terus temankan bulan,
menatapmu setiap malam.

Sunday, October 31, 2010

ideal kah aku untuk dunia kamu,

sepi angin terik membaluti mimpi petang damai ini.
hembusan angin,
belaian mentari petang di kota

aku ingin pulang aku ingin desa
jangan ciptakan terowong halangan dari igauan manis aku.

sedih bukan kalau kamu jadi yang terbuang.kalau kamu jadi yang tersisih.aku lagi-lagi mimpi indah, tapi realitinya aku bukan macam watak idaman bagai cinderella melayu. aku cinderella sebelum ketemu pari-pari dari planet zuhal.

aku rasa aku kan terus jadi cinderella yang sampai bila-bila tak akan bertemu puteranya. bagaimana aku harus tonjolkan pada dunia tentang siapa aku. aku malu dengan kesepian hati aku. aku tak pandai mengorak langkah untuk mendekati kamu. suara aku, dingin bagai angin lalu. singgah di cuping telinga, tapi tak lama.

kalau kamu bertemu aku, duduk seorang diri di tepi pantai pada saat matahari terbenam, kamu rasa aku sukakan romantis.
tapi kalau kamu bertemu aku di tanah perkuburan pada pukul 2 pagi malam jumaat, meskikah kamu masih rasakan aku sukakan romantis. kamu pasti fikir aku hantu.
sebenarnya aku orang yang macam itu.
adakah aku ideal kepada dunia kamu?
atau aku ideal dalam dunia pari-pari aku sendiri.

andainya

andai kata aku luka kan semua aku kan pergi.
tapi izin aku lewati keindahan dunia ini dahulu

kerana di sana aku tak ketemu lagi dengan pelangi
pelangi yang sentiasa dalam hati aku

kaulah pelangi aku.
tujuh kebahagiaan. tujuh dalam hati aku adalah kau.

Thursday, October 28, 2010

melodi cinta karut

tersingkap satu kisah baru hari itu setelah hari terlahir aku ke dunia
hari jadian aku yang memasuki satu tambah satu dekad
ia nombor dua

diam diam saja sudah berulang
tidak bising saja sudah pergi datang kembali.
kronologi masa seperti biasa kau tak pernah tahu

kau mahu berhentikan masa jadi kaku

pada kucupan pertama kita.
pada hari aku menjadi warga dua dekad,menyamai kau tiga tahun lepas
kau ingin dakap aku, dan kau rebut segalanya

itu impian kau, aku tahu.

dan aku tak benarkan. kau boleh jalan dengan impian karut kau.

Wednesday, October 6, 2010

hoping for better disaster

so it will destroy me hundred percent
i will be heartless then.
in your heart, i'll be an idle.

there will be painless of suffering
no feels on jealousy
not a little bit of lust thingy love.

much pain on disaster, do come.
i am already dying.
make it go away please..

Saturday, August 28, 2010

kadang-kadang aku idle dari blog ini.

kerana aku mahu pergi membeli tiket untuk ke hujung pelangi.


yang aku tidak pasti di mana kaunter nya.

untuk menyaksikan konsert cahaya matahari lembut yang menyapa pipi dan mengelus-elus rambut.

bersama orang yang paling hampir dalam hati aku.

berbekalkan kasih, menyanyikan lagu indah.

dan lena dalam fantasi mimpi yang aku ciptakan sendiri.


kerana itu aku idle. aku terlalu banyak fantasi.


Sunday, July 18, 2010

Malam ku

Jika kau ke sana,
tanyakan pada sang bulan,
kenapa malam ku suram.

Sampaikan salam pada bintang,
katakan padanya aku di sini.

1749 100718
kuala lumpur ku indah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...