Thursday, October 21, 2010

aku cemburu dengan lelaki

aku sepi lagi terasa terbuang bila masa macam ini. yang kuat berdating pergi tinggalkan aku, yang kuat makan tak henti-henti makan, kawan tak makan lagi pun tak sedar. janji perut kenyang badan besar sihat.

kawan ke namanya?

aku jeles dengan persahabatan lelaki.
kalau kawan baik, kawan baik sampai mati.
apa-apa hal masih sama-sama.
walaupun duit tinggal lima ringgit dalam wallet masih lagi excited nak belanja kawan baik makan.
kalau tersadai tepi jalan pukul 2,3 pagi, kawan baik yang bangun pergi tengok kan.
kalau tersuka pada perempuan yang sama, dua-dua give up on the girl. cari lain.


tapi perempuan?
duit ada rm30, kawan mintak pinjam jawapannya 'ni je lah tinggal duit aku, aku nak bayar ni nanti..bla bla'.
bila ada masalah tengah-tengah malam kita call tak angkat. kalau boyfie dia, baru dua tiga ring dah kalut-kalut dehem suara baru bangun tido, jawab dengan suara ayu konon.
kalau tersuka pada lelaki yang sama, sanggup putus kawan.

tapi apa pun aku perempuan.

aku perempuan tanpa kawan baik. jadi aku tak ada masalah itu.
kawan biasa pun dah cukup disaster.

Wednesday, October 6, 2010

hoping for better disaster

so it will destroy me hundred percent
i will be heartless then.
in your heart, i'll be an idle.

there will be painless of suffering
no feels on jealousy
not a little bit of lust thingy love.

much pain on disaster, do come.
i am already dying.
make it go away please..

Friday, October 1, 2010

The Me.

rasa nak menangis di bahunya, dan memeluknya seerat mungkin.
tak mahu melepaskan pergi.

sekarang, aku rasa seksa.

Friday, September 24, 2010

Pergilah Kenangan

kadang-kadang kita perlu berdiam diri demi menjaga hati orang yang paling kita sayang. tapi tak semua berfikiran begitu. tak kurang yg rasa berterus-terang lebih baik dari berahsia.


aku terima itu.

aku kategori lebih berahsia. sebab aku suka aku yg moving on, buat apa diungkit kisah lepas. buat apa aku ingatkan kenangan lama. biarlah ia tersimpan.

kenapa aku tak suka bertanyakan kisah lepas-lepas kau?
kerana pada masa itu dalam hati kau tak ada aku,
dalam hati kau ada orang lain.
dan saat itu, aku rasa. adalah saat paling terluka aku boleh rasa.
setiap minit yg dia berada di hatimu, aku semakin terluka.
sebab aku tak ada.

aku tahu walau sekarang aku miliki cintamu,
kau tetap ada kenangan dulu.

kau tak cuba selami hati aku.
aku maafkan, sebab aku terlalu sayang.


cuma sekarang, aku rasa nak menjauhkan diri buat sementara waktu.
hati aku sakit sangat.


Sunday, September 5, 2010

The Circle You Fill

terlalu banyak beza kita.
kau ramai, aku sepi.
kau senyum orang terpaut,
aku senyum orang maut.

walau besar mana jarak kita pada mata kasar,
hanya kita tahu,
jarak tersebut tak pernah wujud.

kau. aku. tak ada beza.
kerana kita di dalam satu bulatan barter yang sama.

yang kita namakan cinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...