Saturday, July 31, 2010

mistakes

people keep making the same mistakes
but people do not keep reminding each other.
except the true friends.

mungkin aku agak berkecil hati dengan teguran, tapi aku tetap menerimanya walau hati agak terluka sedikit.


kerana aku tahu, orang itu sayangkan aku.



Monday, July 26, 2010

Dear Adult, I hate You.

semakin kita membesar, semakin banyak kita belajar mengenai kehidupan.

semakin kita membesar, semakin ramai orang baru dalam hidup kita.

antara perkara yang aku benci tentang dewasa ialah,

aku akan kehilangan orang yang aku sayangi dari zaman kanak-kanak.

kerana mereka pergi sebelum kita, untuk memberi ruang pada generasi baru.

Sunday, July 18, 2010

Malam ku

Jika kau ke sana,
tanyakan pada sang bulan,
kenapa malam ku suram.

Sampaikan salam pada bintang,
katakan padanya aku di sini.

1749 100718
kuala lumpur ku indah.

Wednesday, July 14, 2010

Kata-kata Tersekat.

Maafkan saya,
Bila saya selalu biarkan ucapan
“saya sayangkan awk”,
Tergantung  tanpa jawapan,
Atau dengan jawapan yang kedengaran pelik di telinga.
Maafkan saya,
Bila saya tak pandang tepat ke mata awak bila kita berjumpa.
Maafkan saya,
Bila saya selalu kedengaran sedih dalam telefon.
Maafkan saya,
Bila saya selalu fikir yang bukan-bukan.
Maafkan saya,
Bila saya tak tahu nak cakap apa di saat awak bermasalah.

Saya selalu nak cara terbaik untuk ucapkan “Saya sayangkan awak jugak”,
Tapi akhirnya saya tak mampu ucapkan apa-apa.
Saya selalu rasa nak menatap muka awak lama-lama bila kita jumpa,
Tapi saya takut saya tak mampu alih pandangan lagi dan tak kan biarkan awak pergi walau satu saat.
Saya selalu nak rasa ceria bila dalam telefon,
Tapi kedengaran sedih sebab saya sangat rindukan awak setiap masa.
Saya selalu nak berfikiran positif,
Tapi saya sangat sangat takut ada orang ambil awak dari saya.
Saya sentiasa mahu jadi kaunselor terbaik awak,
Tapi akhirnya awak yang menenangkan saya, sebab saya menangis dulu sebelum awak.

Saya sangat sayangkan awak jugak.
Saya nak sentiasa menatap mata awak,
Saya nak sentiasa ceria bila bercakap dengan awak.
Saya nak sentiasa berfikiran positif.
Saya nak jadi kaunselor terbaik awak.

Satu hari nanti saya nak kahwin dengan awak.

Thursday, July 1, 2010

Mesej-mesej

Hari ini aku bosan. Satu permulaan yang bosan untuk ditaip dan bosan untuk dibaca. Aku tahu.
Handphone aku yang berwarna merah jambu disambungkan dengan laptop aku yang berwarna merah jambu.

Tapi sebenarnya aku lebih suka warna hijau.

Mungkin aku patut curi laptop farah si pembenci cicak dan handphone cousin aku, si pencinta tom yam. Baru hijau. Dan aku ada berus gigi berwarna hijau yang diletakkan dalam raga berwarna hijau. GO GREEN!

Aku buka PC Suite, membaca satu persatu mesej yang tidak penting untuk dipadamkan.  Mesej paling banyak mestilah daripada orang yang aku sayang.

Mungkin lambat betul aku sedar. Aku rasa serba salah.

Dah beratus-ratus mesej yang dia hantar. Dan dalam beratus-ratus mesej itu juga dia menghantar “saya sayangkan awak” dan “saya sayangkan awak sangat-sangat”.

Tak cukup lagi, setiap panggilan telefon, pasti ada kata-kata “Saya sayangkan awak”.

cuma aku yang teruk. Aku Cuma akan balas “Saya sayangkan awak jugak” atau tak balas apa-apa.  cuma sesekali yang aku mulakan “Saya sayang awak”.

Teruk. Hakikatnya aku sangat sayangkan dia lebih dari diri aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...