Monday, April 12, 2010

Salah Siapa Lelaki Jadi Perosak?

"Dulu aku ada gf. Aku sayang sangat dengan dia. Setiap hari aku top up kan untuk dia. Aku belanja dia makan. Aku jaga dia baik-baik. Sikit pun aku tak pernah sentuh dia, sebab aku tak nak rosakkan orang yang aku sayang sangat. Tapi, balasan dia pada aku? Dia tinggalkan aku untuk bersama dengan orang lain. Dan lepas tu, aku benci dengan perempuan. Aku rosakkan semua perempuan yang jatuh hati dengan aku, dan aku tinggalkan dorang.Hakikatnya, hati aku sangat sakit.Perempuan semua sama je, teruk.Alang-alang dah rosak, biar aku rosakkan lagi".

Astaghfirullah..

Dalam hal ini,
Kita jangan terlalu menyalahkan lelaki. Punca lelaki jadi perosak kadang-kadang mungkin sebab perempuan. Jadi kepada perempuan, setia lah dengan satu bf, sayangilah dia. Akhirilah perhubungan dengan ikatan perkahwinan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Itulah yang sepatutnya.

Bagi lelaki yang terkecewa, janganlah kerana seorang perempuan, kamu merosakkan perempuan yang lain. Bukan semua perempuan jahat, masih ada yang baik. Sabarlah dalam pencarian. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Percayalah satu hari nanti kamu akan ditemukan dengan insan yang betul-betul luhur cintanya jika itu yang kamu mahukan.

Kepada perempuan, jangan menggadaikan diri demi cinta. Dan setia lah dengan yg satu itu. Susah nak cari lelaki yang betul-betul setia sekarang ni. Kalau dah jumpa tu, jangan lah sia-siakan. Nanti jadi macam kes kat atas ni. Ada pulak perempuan yang kecewa, menggadaikan maruah pula selepas itu. Dan merosakkan pula pemikiran lelaki-lelaki yang baik. Jangan sesekali. Diri itu masih berharga. Masih ada insan yang menyayangi kamu. Nilai itu tak kan pernah luntur kecuali jika kamu yang mahukannya begitu.

-Aku sayang kekasih aku -

2 orang menaip alphabet:

NiZaM LiMiTeD said...

tips utk bercinta adalah, kita tanamkan sifat cinta kpd sorg manusia tu kerana nk dptkn keredhaan drpd Allah. jgn bercinta kerana nafsu semata2. nescaya sume prasaan tak elok tu bleh di elakkn. =)

CikOo said...

haha....
betul3.....~

dgn care tu baru la dikatakan cinta tu diredhai kan..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...