Friday, April 16, 2010

hari-hari yang lepas

30 hari yang lepas

oh kau lagi. menyampah betul la. tiap kali aku nak naik star je mesti kau ada.apa yang kau nak, tersengih-sengih pulak macam kerang busuk.dah dua bulan aku asyik nampak muka kau.siapa la kau ni.

28 hari lepas.
ok, kau muncul lagi. seperti biasa aku tak membalas senyumanmu.aku rasa rimas. aku tak suka lelaki yang aku tak kenal. kau pervert.! pen aku jatuh, cepat-cepat pula kau kutip. tapi tak bercakap apa-apa. apa kau ingat aku akan tegur dulu? terima kasih, dan aku cepat2 menaiki star.

26 hari lepas.
si pervert muncul lagi. sebenarnya setiap hari kau muncul. macam dah rutin pulak aku ternampak muka kau. kalau kau nak berkenalan, kenapa tak cakap elok-elok. kau buat aku tak selesa. tapi kau suka sangat senyum. 

24 hari lepas.
kau tak ada di kerusi yang kau selalu duduk. aku tertanya-tanya pula, pelik kan aku.selalunya bukan main lagi kau menjeling-jeling aku. 2 minit kemudian kau muncul dalam keadaan tergesa-gesa, dan seperti biasa melemparkan senyuman ke arah aku. dan aku juga seperti biasa, tak ada apa untukmu wahai pervert.

22 hari lepas.
hari hujan lebat. abah hantar aku naik kereta nya. aku tak naik star hari itu. 

20 hari lepas.
aku akan pindah rumah. aku tak akan lalu kat stesen tu lagi di mana kau berada, pervert. jahat pula aku rasa panggil dia pervert. panggil dia lelaki.

18 hari lepas.
dah pindah. aku naik monorel sekarang, tak naik star dah. tapi kenyataan nya aku rasa pelik, aku tak nampak kau lagi lelaki. agaknya dah terbiasa nampak kau.

16 hari lepas.
hari ini aku tak keluar. diam je kat rumah.

14 hari lepas
aku mahu keluar. rasa serba tak kena. apa yang terjadi dengan aku.

12 hari lepas.
abah belikan motor. aku akan naik motor pula lepas ni. seronok betul.

10 hari lepas.
dengan motor, aku pergi ke stesen yang kau selalu ada itu. di tempat yang kau biasa duduk, kau tak ada. bukankah ini waktu yang kau biasa ada.

8 hari lepas
hujan renyai. aku tak tahu kenapa aku kembali lagi ke tempat itu. kau masih tak ada.

6 hari lepas.
aku demam teruk. aku tak keluar.

4 hari lepas.
aku dah ok. aku nak cari kau. kau ada kan? aku sampai di stesen. jejak kau tak ada pun. aku menunggu. agak lama. tapi kau tak muncul.

2 hari lepas.
aku di stesen lagi. siapa yang pervert sekarang ni. kau ke aku. aku duduk. tak lama lepas tu kau muncul. aku rasa sangat gembira, aku tak faham. aku nampak kau senyum. aku harapkan kau tegur aku. tapi kau diam. cuma senyum. aku rasa kecewa.

pagi ini.
apa yang dah kau buat pada aku.kenapa aku kat sini lagi. aku nampak kau dengan senyuman itu lagi. tak boleh jadi. aku akan tegur kau. bila aku tegur, kau cuma senyum. aku tak faham. aku tak boleh terima. kau hulurkan sehelai kertas kecil bertulis.

"Saya nak kenal dengan awak. maaf, saya tak boleh bercakap"...kertas itu nampak sudah lama dalam simpanannya.

kau tak mampu bersuara. patutlah selama ini kau tak bercakap langsung. 
maafkan aku, aku kena berfikir. beri aku masa.

0 orang menaip alphabet:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...